Thursday, October 7, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI

Dato' Sri Zulhasnan dan isteri turut hadir
Datuk Astaman, Dato' Halim & Dato' Fauzi





Rosli Mohammad (Kiri) bersama para tetamu
Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Pangsapuri Madu Mas, Jalan Ayer Madu dekat Setapak, Kuala Lumpur, pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010,  yang bermula dari jam 3 petang dan telah berakhir kira-kira jam 6.30 petang.

Majlis yang julung kali diadakan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran komuniti tempatan dari pelbagai kaum yang mendiami Pangsapuri Madu Mas. Kehadiran beberapa orang tokoh pemimpin kawasan Parlimen Setiawangsa turut memberi impak di atas kejayaan mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara pemimpin dengan masyarakat setempat. 
Diantara tokoh-tokoh pemimpin yang hadir dalam majlis rumah terbuka aidilfitri ini ialah Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa yang ditemani oleh isterinya Datin Sri Anna Razak. Kelihatan juga Dato' Haji Abdul Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dan juga Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawanagsa serta tidak ketinggalan Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa.

Sementara itu Datuk Haji Astaman Abdul Aziz, Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur yang turut hadir dalam majlis ini telah menyampaikan ucapan selepas ucapan  aluan oleh Abdul Rahman Hashim, Pengerusi Pengelola yang juga Timbalan Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur. Manakala Roselan Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pengurusan Pangsapuri Madu Mas turut memberi ucapan selaku tuan rumah kepada majlis rumah terbuka aidilfitri ini.

Sebagaimana yang dijangkakan lebih daripada 300 orang tetamu telah menghadiri ke majlis ini. Para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan karaoke yang diadakan di gazebo kolam renang pangsapuri berkenaan.

Rosli Mohammad, Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis rumah terbuka ini.

MEREKA MENYAMPAIKAN UCAPAN

Roselan Abdul Rahman
Abdul Rahman Hashim
Datuk Astaman Abd. Aziz
Dato' Halim Samad